KUALA LUMPUR: [DIKEMAS KINI] Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil, 50, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Semasa membaca keputusan penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pihak pembelaan bagi pihak Ismahalil telah menunjukkan bahawa bilik yang menempatkan dadah itu, boleh diakses pihak lain.
Menurutnya, tertuduh mendakwa, bilik dalam rumah yang disewa di Jalan Semarak itu turut dimasuki kru stesen radio ‘Bapakku FM’, DJ yang bertugas di konti dan tetamu.
Keterangan tertuduh katanya, turut disokong oleh keempat-keempat saksi pembelaan antaranya isteri Ismahalil, Nor Haslinda Abdul Manaf, 50.
“Tidak dipertikaikan tertuduh berada dalam bilik berkenaan semasa dadah dijumpai, tetapi saya menerima keterangan tertuduh, bahawa ruang itu boleh diakses oleh individu lain.
“Jadi, bukan dia seorang sahaja yang mempunyai jagaan atau kawalan terhadap bahan larangan tersebut,” kata Muhammad Jamil.
Selain itu beliau berkata, pihak polis juga mengesahkan, tiada barangan peribadi tertuduh ditemui dalam beg berkenaan.
Katanya, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dadah yang disimpan dalam beg, berada dalam kawalan serta milikan tertuduh, maka mahkamah memutuskan supaya dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah.
Sejurus keputusan diketahui, Ismahalil yang memakai baju T dan berkupiah putih, terpelosok ke bawah kerusi di kandang tertuduh sambil melaungkan `Allahu Akbar'.
Pengasas stesen radio ‘Bapakku FM’ itu turut menangis terharu dan membuat sujud syukur dengan diperhatikan ahli keluarga serta rakan-rakannya yang berada di galeri awam.
Mereka berdiri dan cuba menghampiri Ismahalil, sebelum diminta bertenang oleh pihak berkuasa di mahkamah.
Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Pada 21 Februari tahun lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah. - Foto Sinar Harian
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah.
Kes dadah: Bekas penyampai radio Ismahalil diperintah bela diri
Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas.
Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
Bicara kes dadah penyampai radio Ismahalil bermula 19 Okt
Pihak Ismahalil bercadang untuk memanggil enam hingga tujuh saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.
Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah
Penyampai radio, Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis tahun lalu.